Selamat datang ke Cik Pau Dot Com dan salam perkenalan.
Fauziah Hamzah nama diberi, lahir pada 15 Ogos 1977 di Johor Bahru.
Anak ke 4 dari 6 orang adik-beradik.
Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin 2, Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru.
Mula berjauhan dari keluarga apabila diterima menjadi warga MRSM Jasin pada 1993 dan selepas tamat SPM, menerima tawaran Asasi Sains Fizikal di Universiti Malaya.
Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar pada tahun 2002 dan mula bertugas sebagai Pegawai Pemeriksa Paten di Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 2003.
Mendirikan rumahtangga dengan Helmy Mohd Said, dikurniakan anak-anak seramai 6 orang kesemuanya iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.
Copyright Cik Pau Dot Com. Designed by Best For Blogger
No comments
New comments are not allowed.